MAIPs peruntukkan RM612,000 sumbangan makanan di masjid seluruh Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs peruntukkan RM612,000 sumbangan makanan di masjid seluruh Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan RM612,000 untuk sumbangan makanan di Masjid Alwi Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak RM612,000 diperuntukkan bagi sumbangan makanan menerusi program ziarah dakwah bil hal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2023 yang disalurkan menerusi ‘food bank’ melalui masjid di seluruh negeri ini.

Sumbangan berkenaan adalah salah satu pendekatan MAIPs bagi membantu warga asnaf dan golongan memerlukan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.

Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh pemangku Raja Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengambil sempena program Qiam Ramadan di Masjid Alwi  di sini semalam.

Berangkat sama, anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan baginda disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program agihan makanan berkenaan adalah salah satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

Selain itu, MAIPs sentiasa menggesa kepada semua kepimpinan masjid di seluruh negeri ini agar sentiasa peka dan turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Selepas solat tarawih, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs dan Syed Sirajuddin Areeb Putra turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah yang hadir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya