MAIPs peruntuk RM505,000 pengurusan masjid di Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs peruntuk RM505,000 pengurusan masjid di Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan bernilai RM505,000 untuk pengurusan masjid seluruh Perlis bersempena program Qiam Ramadan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan bantuan berjumlah RM505,000 bagi tujuan pengurusan di 101 buah masjid seluruh Perlis, tahun ini.

Simbolik penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena program Qiam Ramadan di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua Lama di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah agar seluruh pengurusan masjid sentiasa berusaha untuk memastikan setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan hendaklah relevan dan berimpak kepada masyarakat.

“Sebagai kumpulan yang dipertanggungjawabkan di peringkat kariah, kepimpinan jawatankuasa masjid diberikan mandat untuk menjalankan pelbagai aktiviti pengimarahan, ilmiah dan kemasyarakatan selari dengan dasar dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MAIPs,” titah baginda.

Dalam pada itu, Mohd Nazim berkata, MAIPs sentiasa memberikan kepercayaan kepada semua pengurusan masjid di seluruh negeri ini untuk sentiasa membantu MAIPs dalam memastikan agenda peningkatan syiar Islam sentiasa diterapkan.

“Usaha menerapkan ketakwaan dalam kalangan umat Islam telah dijadikan sebahagian tanggungjawab jawatankuasa kariah masjid seperti yang termaktub dalam peraturan-peraturan jawatankuasa kariah masjid negeri Perlis 1990,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya