MASYARAKAT Islam di negara ini tidak melepaskan peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan melawat lokasi-lokasi popular di ibu negara.
Mereka yang memakai baju raya mengambil kesempatan cuti umum dengan mengunjungi lokasi menarik seperti Dataran Merdeka dan mengambil gambar berlatar belakang bangunan ikonik di situ bersama ahli keluarga.
Umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan 1 Syawal pada Sabtu lalu. – UTUSAN