GEORGE TOWN: Lebih 10 kanak-kanak kariah Masjid Kapitan Keling di sini teruja menerima hadiah berupa barangan mainan selepas berjaya melengkapkan 20 rakaat solat tarawih selama 10 hari bermula 1 Ramadan lalu. Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, hadiah tersebut merupakan inisiatif yang diambil oleh pengurusan Masjid Kapitan Keling yang merupakan masjid tertua di negeri ini untuk menarik minat kanak-kanak mendekati masjid sepanjang Ramadan ini. ”Hadiah berupa barangan permainan ini diberikan kepada kanak-kanak yang datang menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat selama 10 hari. “Mereka yang menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya