Lelaki tersepit dalam kemalangan

Lelaki tersepit dalam kemalangan

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya MRR2 berhampiran Sungai Besi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera apabila terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada pukul 12.32 tengah hari. 

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai besi serta BBP Bandar Tun Razak dengan kekuatan 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Mohd. Fakrusy Syakirin Mamat, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Myvi dan sebuah lori. 

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berbangsa melayu telah tersepit di bahagian pemandu kereta Myvi. 

“Mangsa mengalami patah tangan kiri dan berjaya dibawa keluar pada 1.11 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras bagi rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN