Lelaki mengaku tidak bersalah rogol, seks luar tabii anak tiri - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol, seks luar tabii anak tiri

PASANGAN suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pekerja kedai cuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas anak tirinya, Februari lalu.

Tertuduh berusia 26 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 7 Segari dalam daerah Manjung pada Februari 2023.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika disabitkan.

Lelaki itu turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu memasukkan zakarnya pada dubur mangsa dalam kejadian di lokasi dan tarikh yang sama.

Pertuduhan ke atas tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di mahkamah sama, lelaki terbabit dan ibu kandung mangsa yang sedang hamil 10 minggu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan mangsa.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, pasangan suami isteri berkenaan didakwa telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian badan pada Januari 2023 di lokasi sama.

Sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Evangelin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap pasangan suami isteri itu atas alasan mereka merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa selain tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan laporan perubatan penuh mangsa.

Akhbar ini sebelum melaporkan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan pada pukul 11.50 pagi 17 April lalu, oleh seorang lelaki sebelum membawanya ke balai polis.

Hasil pemeriksaan perubatan di Hospital Seri Manjung mendapati mangsa telah dirogol dan terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada tubuhnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya