Lelaki melecur rumah terbakar    - Utusan Malaysia

Lelaki melecur rumah terbakar   

KEADAAN api yang marak dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki berusia 34 tahun melecur di bahagian tangan dan kaki dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pak Madah, Bukit Payung, di sini, malam tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu berkata, mangsa menerima rawatan awal daripada anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum mendapat rawatan lanjut,

Menurutnya, kebakaran yang berlaku pada pukul 9.21 malam itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang melibatkan kemusnahan kira-kira 70 peratus. 

“Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu sembilan anggota BBP Marang serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Sri Payung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi memadam kebakaran itu tamat pada pukul 12.45 tengah malam. 

Jelasnya, punca dan jumlah kerugian dalam kebakaran itu masih dalam siasatan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya