Lelaki ditahan bawa mercun, bunga api tanpa permit

Lelaki ditahan bawa mercun, bunga api tanpa permit

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan polis ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit sah menggunakan sebuah kereta berhampiran Shahab Perdana di sini, kira-kira pukul 3.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemeriksaan terhadap kereta jenis Perodua Myvi itu menemukan 279 kotak mercun dan bunga api.

“Kesemua mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai kira-kira RM7,000 didapati tidak memiliki permit sah di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan semua pihak yang ingin membawa atau menjual mercun dan bunga api untuk memastikan mereka memiliki permit sah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya