Lelaki ditahan bantu siasatan kes kebakaran motosikal di KLCC

Lelaki ditahan bantu siasatan kes kebakaran motosikal di KLCC

POLIS masih menyiasat motif dan punca kebakaran 13 buah motosikal di tempat parkir Suria KLCC semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kebakaran 13 motosikal dan empat skuter elektrik di tempat parkir pusat belah-belah Suria KLCC di ibu negara, semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas satu siasatan dilakukan berhubung kejadian itu. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, turut dirampas iaitu sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, topi keledar, sehelai baju dan seluar,.

Kata beliau, menerusi tangkapan itu, pihaknya turut merampas sepasang sarung lengan, satu beg, jam tangan dan pemetik api.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak kami dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak sepuluh laporan polis daripada pihak yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Pihak Polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 petang dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat dengan kekuatan 15 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Mohd. iqbal Khan Malek Khan Khan berkata, setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan 13 motosikal dan empat skuter elektrik.

“Pemeriksaan mendapati sembilan motosikal dan empat skuter hangus terbakar manakala empat lagi rosak teruk akibat kejadian itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya