Lebuh raya sesak dari Karak ke Bukit Tinggi - Utusan Malaysia

Lebuh raya sesak dari Karak ke Bukit Tinggi

LPT sesak
RIBUAN kenderaan memasuki Plaza Tol Bentong di Lebuhraya KLK menghala ke Kuala Lumpur di Bentong, Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Warga Lembah Klang mulai kembali ke ibu kota menyebabkan kesesakan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari arah Karak ke Plaza Tol Bentong sejauh kira-kira 4.3 kilometer (km).

Berdasarkan maklumat menerusi Google Maps, kesesakan sejak pagi tadi dilaporkan berlaku sepanjang kira-kira 22 km dari Karak (LPT) dan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan menyebabkan penambahan tempoh perjalanan sehingga 40 minit.

Malah, aplikasi tersebut turut mencadangkan pengguna melalui laluan alternatif Jalan Bentong – Kuala Lumpur untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan.

Selain itu kesesakan turut dilihat berlaku sepanjang kira-kira 1 km sebelum Plaza Tol Karak menghala ke Kuantan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan rakyat Malaysia boleh menikmati tol percuma kali terakhir di semua 33 lebuh raya sehingga tengah malam ini.

Kemudahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menyebabkan kira-kira dua juta kenderaan dijangka kembali ke ibu kota pada hari terakhir cuti Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya