Laporan siasatan akhir tragedi 'Double Six' didedah

Laporan siasatan akhir tragedi ‘Double Six’ didedah

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas memepengerusikan mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mendedahkan laporan penuh kemalangan pesawat udara tragedi ‘Double Six’ yang berlaku pada 6 Jun 1976 kerana ia menimbulkan banyak persoalan dan keresahan pelbagai pihak terutama rakyat Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tragedi yang mengakibatkan kehilangan nyawa pemimpin utama Sabah itu merupakan tuntutan selama 47 tahun rakyat negeri itu untuk mengetahui apakah hasil daripada pasukan penyiasat kemalangan tersebut.

Beliau berkata, selama ini kerajaan tidak memutuskan untuk menghebahkan, menzahirkan atau diturun taraf (dinyahklasifikasi) sebagaimana peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

“Pada hari ini , jemaah menteri mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan tuntutan dibuat keluarga dan waris yang mahu maklumat terperinci selari dengan dasar keterbukaan yang diamalkan Kerajaan Perpaduan.

“Oleh itu kita memutuskan laporan akhir siasatan kemalangan itu akan diturun taraf atau dinyahklasifikasi, iaitu semua maklumat akan diperkenalkan dan dihebahkan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan pada minggu depan, manakala kenyataan awal boleh diedarkan pada sehari dua ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Double Six merupakan nahas pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam yang lain.

Kapal terbang yang dikendalikan oleh Sabah Air dalam perjalanan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya