Lanjutkan tempoh pelepasan cukai SSPN - Hatta Ramli

Lanjutkan tempoh pelepasan cukai SSPN – Hatta Ramli

DR. HATTA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini akan dilihat tidak pro pendidikan susulan tindakan kerajaan memansuhkan pelepasan cukai bagi penyimpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Senator Datuk Dr. Hatta Ramli berkata, perkara itu perlu dilihat semula supaya tempoh tersebut tidak dihadkan pada suatu masa bagi membantu anak-anak bagi menempuh perjalanan mereka ke peringkat universiti.

“Kita sudah tidak banyak biasiswa atau bantuan pendidikan lain, apalah kiranya kerajaan menggalakkan SPPN supaya tabungan itu dapat lebih dengan masa yang sama galakkan lebih banyak caruman untuk ramai anak dan ini akan dapat membantu anak-anak sebaik sahaja melangkah kaki ke universiti.

“Kalau setakat 2024 (dimansuhkan), ia akan memberikan suatu gambaran kerajaan tidak pro pendidikan atau pro keupayaan mandiri membiayai pendidikan anak-anak, jadi kita harap tempoh itu dapat dipanjangkan dan tidak dihadkan dan dengan itu kita dapat lihat sumbangan lebih baik untuk anak-anak,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Kewangan 2023 di Dewan Negara, hari ini.  

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong memaklumkan bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Mengesahkan perkara itu, jelasnya lagi, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pada 29 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun depan.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Dewan negara, Datin Ros Suryati Alang turut meminta penjelasan terperinci daripada kerajaan susulan tindakan pemansuhan pelepasan cukai  SSPN mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya