Laman web khas lawan tuntutan Sulu

Laman web khas lawan tuntutan Sulu

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal melancarkan laman sesawang dikenali sebagai Malaysia-Sulu Case mengandungi pelbagai maklumat perkembangan terkini tuntutan pihak yang mendakwa konon waris Sultan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, melalui laman khas itu, pihak kerajaan akan berkongsi status terkini dan perkembangan kes yang serba rumit ini untuk rujukan awam.

Kata beliau, asas tuntutan tersebut hanya berdasarkan kepada perjanjian antara Kesultanan Sulu dengan wakil Syarikat Borneo Utara British pada abad ke-19 dalam tulisan jawi.

“Walau bagaimanapun, fakta kes mereka tidak begitu kukuh dan sehingga kini belum lagi diketahui sama ada pihak penuntut itu memang waris sah Sultan Jamalul Kiram II,” jelasnya pada sesi libat urus media berhubung kes itu di sini hari ini.

Tuntutan Sulu bermula apabila sekumpulan warga Filipina mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu dan menuntut pampasan daripada kerajaan Malaysia pada 2018 lalu.

Laman sesawang rasmi tersebut akan dipapar dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Filipina, Perancis dan Sepanyol hasil usaha Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) itu turut melibatkan kerjasama pihak Kementerian Luar Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Kerajaan berharap rakyat dan komuniti di seluruh dunia akan mendapat maklumat tepat berhubung naratif sahih isu tuntutan ini yang mungkin tidak diketahui selama ini,” katanya.

Malahan, laman berkenaan akan menceritakan lebih terperinci mengenai sejarah tuntutan tersebut dengan fakta tepat serta kenapakah tuntutan waris itu perlu ditolak, antaranya prosiding yang dibiayai satu dana litigasi dikenali sebagai Therium dan pihak terlibat didapati bersekongkol menuntut AS$14.9 bilion daripada Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya