Laman web Imigresen sedang diselenggara, dipercayai digodam

Laman web Imigresen sedang diselenggara, dipercayai digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan laman web rasminya ketika ini sedang diselenggara buat sementara waktu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu poster yang dimuat naik di laman Facebook dan Twitter hari ini.

“Dimaklumkan bahawa laman web Jabatan Imigresen Malaysia www.imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.

“Sebarang pertanyaan sila hubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/,” katanya.

Namun menerusi carian terkini, dipercayai laman web jabatan berkenaan telah digodam apabila tertera perkataan ‘Hacked By CaptainSmok3r’.

Selain itu, cubaan untuk mengakses ke laman sesawang itu juga tidak berjaya berikutan mengambil masa yang terlalu lama.

Situasi yang berlaku itu menarik perhatian warganet apabila ada dalam kalangan pengguna berkongsi tangkap layar serta memaklumkan laman rasmi Institut Jantung Negara dipercayai turut digodam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya