Lagi individu rentung dalam kebakaran rumah - Utusan Malaysia

Lagi individu rentung dalam kebakaran rumah

SEORANG individu ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, George Town, Pulau Pinang awal pagi ini. - Pix: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang individu ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.12 pagi itu, mangsa ditemukan rentung di kawasan bilik air di tingkat bawah rumah kedai terbabit.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohd. Shafie Mohamad Safar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.12 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, didapati berlaku kebakaran dengan anggaran kemusnahan 90 peratus di rumah kedai berkenaan.

”Kebakaran dapat dikawal pukul 4.43 pagi dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam bangunan.

”Kerja-kerja mengawal dan memadam api sepenuhnya masih dijalankan dan operasi turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, ini merupakan kejadian ketiga berturut-turut melibatkan mangsa yang ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di negeri ini selepas seorang kanak-kanak perempuan, G. Sri Laavanya maut dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Air Itam, awal pagi Isnin lalu.

Dalam kejadian petang semalam pula, seorang wanita OKU, Nuraida Hashim, 43, turut maut dalam kebakaran rumahnya di Kampung Alma, Bukit Mertajam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya