Kualiti udara Johan Setia dan Kota Bharu tidak sihat

Kualiti udara Johan Setia dan Kota Bharu tidak sihat

PENUNGGANG basikal berkayuh belatarbelakangkan permandangan Bandaraya Kuala Lumpur kabur berikutan keadaan jerebu akibat cuaca panas yang melanda di negara ini ketika tinjauan di sini, Ahad lalu. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kawasan iaitu Johan Setia, Klang dan Kota Bharu, Kelantan merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Johan Setia adalah 150 manakala Kota Bharu pula 120.

Bacaan IPU Johan Setia telah meningkat daripada 121 kepada 150 sehingga pukul 10 pagi manakala indeks kualiti udara Kota Bharu daripada 104 kepada 120.

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Selain itu, 64 stesen mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Petaling Jaya, Putrajaya, Shah Alam dan Cheras manakala hanya dua stesen merekodkan bacaan baik iaitu Kimanis dan Keningau, Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya