KTMB edar 1,000 pek Hari Raya

KTMB edar 1,000 pek Hari Raya

ANTHONY Loke Siew Fook mengedarkan pek hari raya kepada penumpang tren yang pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, hari ini. Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin (kanan).  - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengedarkan 1,000 pek Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang di Stesen KL Sentral hari ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, 500 pek telah diedarkan kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 500 pek lagi kepada penumpang KTM Komuter.

“Walaupun Ramadan berbaki tiga hari lagi, namun kemeriahan sambutan hari raya sudah mula dirasai di mana tren bagi laluan KL Sentral ke Butterworth hari ini telah habis dijual,” katanya di sidang akhbar selepas pengedaran pek Hari Raya Aidilfitri kepada penumpang tren di KL Sentral, di sini hari ini. 

Katanya, KTMB menyediakan 32 perkhidmatan ETS yang menawarkan sebanyak 69,930 tiket dan 53 perkhidmatan KTM Intercity.

“Ia merangkumi tren Ekspres Rakyat Timuran, Ekspress Selatan dan Shuttle Tebrau dengan tawaran tiket sebanyak 102,508 tiket di antara 19 April hingga 25 April.

“KTM juga telah menambah dua tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan KL Sentral ke Butterworth untuk menampung permintaan yang tinggi bagi memudahkan orang awam pulang ke kampung.

“Sebanyak 8,820 tiket ETS tambahan telah ditawarkan pada April lalu dan setakat ini 7,900 tiket telah terjual,” katanya.

Tambahnya, KTMB tidak hanya menumpukan laluan sektor utara sahaja, KTMB juga menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri khas buat pengguna yang pulang ke Pantai Timur.

“Bermula dari stesen KL Sentral ke Tumpat, perkhidmatan ini menawarkan empat perjalanan pergi dan balik dengan 1,864 tiket.

“Setakat hari ini, sebanyak 1,685 sudah dijual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya