KRM, Harps Holdings rai 40 anak yatim, asnaf - Utusan Malaysia

KRM, Harps Holdings rai 40 anak yatim, asnaf

PEGAWAI KRM dan Harps Holdings Berhad bersama anak yatim dan asnaf yang diraikan dengan pembelian baju raya dan majlis berbuka puasa di Teluk Intan semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 40 anak yatim dan asnaf diraikan dengan pembelian baju raya dan majlis berbuka puasa anjuran Harps Holdings Berhad dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) di sini semalam.

Pada majlis itu, sumbangan duit raya turut disampaikan kepada anak-anak yatim dan asnaf oleh Pegawai Perhubungan Awam Harps Holdings Berhad, Mohamad Hisham Mohd Taufek.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang turut hadir turut menyampaikan sumbangan pada majlis itu.

Menurut Shahrul Zaman, program santuni anak-anak yatim dan asnaf telah dijayakan sejak tahun lepas lagi oleh pihak Harps Holdings Berhad yang merupakan penaja utama Kesatuan Ragbi Malaysia.

“Justeru itu pada tahun ini Harps Holdings mengambil inisiatif untuk menjayakan program ini bersama-sama KRM sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Koporat.

“Sumbangan ini diharap sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka dalam menyambut Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Kata Shahrul Zaman, hubungan baik di antara KRM bersama Harps Holdings Berhad akan terus diperkukuhkan bagi menyokong sebarang aktiviti bersama.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Kehormat KRM, Amrul Hazarin Hamidon dan Pengarah Pembangunan KRM, Mohd Khairulnizam Mohd Isa serta pegawai daripada Harps Holdings Berhad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya