KPM umum cuti khas 19 April

Kementerian Pendidikan umum cuti khas 19 April

FADHLINA Sidek bercakap pada sidang akhbar selepas Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Kementerian Pendidikan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan para guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri tahun ini sebelum ini ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, selaras dengan itu, KPM turut memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 18 April.

Jelas beliau, seramai 4,634 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM Tahun 2022 di 134 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon bolen menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya