KKM jamin lebih kerap libat urus bersama Hartal Doktor Kontrak

KKM jamin lebih kerap libat urus bersama Hartal Doktor Kontrak

MUHAMMAD Yassin (dua kanan) selepas menyerahkan memorandum menggesa perlantikan wakil mereka dalam jawatankuasa tertinggi KKM menangani masalah doktor kontrak di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan ada lebih banyak sesi libat urus bersama Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) pada masa depan.

Jurucakap HDK, Dr. Muhammad Yassin berkata, jaminan itu diberikan sendiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika pertemuan hari ini.

“Beliau (Dr. Zaliha) memberi jaminan bahawa lebih banyak sesi libat urus akan diadakan bersama HDK dan kumpulan-kumpulan perkhidmatan kesihatan lain.

“Dr. Zaliha juga mahu HDK menjadi orang tengah antara doktor kontrak, KKM dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang dibentuk Kabinet,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan memorandum kepada Dr. Zaliha, di sini hari ini.

Terdahulu, HDK yang diketuai Dr. Muhammad turut menyampaikan memorandum kepada Dr. Zaliha menerusi pertemuan yang berlangsung hampir sejam.

Dalam pada itu, Dr. Muhammad berkata, pihaknya mengakui susah untuk berada dalam HLC kerana ia adalah jawatankuasa di peringkat Kabinet.

Berhubung penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan pula, Dr. Muhammad berkata, perkara itu sudah dimasukkan dalam Kertas Putih Kesihatan dan ia akan dibentang dalam Parlimen kelak.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan menyerap masuk 12,800 doktor kontrak ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun, Dr. Muhammad berkata, jumlah itu banyak, namun, ia tidak dapat menampung 20,300 doktor kontrak sedia ada ketika ini.

Menurutnya, setiap tahun ada 5,000 doktor kontrak dilantik dan jangkaan jumlah yang diserap ke jawatan tetap itu hanya meliputi 30 peratus sahaja dalam tempoh tiga tahun.

“Jumlah itu masih belum mencukupi, justeru, kita mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ditubuhkan segera bagi membolehkan ia berkuasa mengawal sumber manusia berkaitan doktor kontrak,” katanya.

Pada pertemuan hari ini, HDK membawa tiga gesaan dalam memorandum berkenaan termasuk penyertaan wakil HDK dalam HLC, menyegerakaan penubuhan suruhanjaya dan melindungi kebajikan staf kesihatan kontrak di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya