KETUPAT palas dihasilkan seorang pengusaha dari Kampung Jabur Kubur, Chukai, Kemaman, Terengganu yang menggunakan resipi warisan arwah moyangnya mendapat permintaan tinggi setiap kali bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Mat Azri Saleh, 35, menerima lebih 20,000 biji tempahan ketupat palas dan dia terpaksa mengehadkannya kerana kekangan tenaga kerja.
Bagi memastikan ketupat yang dihasilkannya tidak mudah basi, dia memilih teknik mengukus berbanding merebus dan menggunakan santan segar serta menjaga suhu sepanjang proses pembuatan makanan tradisional itu. – UTUSAN