‘Kesihatan Untuk Semua’ tema Hari Kesihatan Sedunia

‘Kesihatan Untuk Semua’ tema Hari Kesihatan Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tema “Kesihatan untuk Semua” dipilih kerajaan Madani bagi menzahirkan komitmen tiada diskriminasi kesihatan kepada seluruh rakyat negara ini sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua individu perlu mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan tanpa mengambil kira latar belakang.

“Pada hari ini, Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa meraikan Hari Kesihatan Sedunia. Tema yang dipilih pada tahun ini Kesihatan untuk Semua (Health for All) adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani.

“Kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.

“Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi,” jelasnya menerusi posting di media sosial.

Menurut Anwar, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia dan WHO yang telah terjalin sejak 65 tahun yang lalu.

“Saya mengulangi komitmen kerajaan untuk memacu pelaksanaan agenda Kesihatan untuk semua. Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan WHO bagi mempromosi kesihatan dan memelihara kesejahteraan.

“Kita juga akan memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar setiap orang di mana sahaja boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya