Kerajaan tidak campur tangan pendakwaan bekas MB Perlis - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak campur tangan pendakwaan bekas MB Perlis

ANWAR Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Ittihadiah, Manjoi di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan tidak pernah campur tangan berhubung urusan mahupun pendakwaan di mahkamah termasuk pendakwaan yang dihadapi bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan berlaku susulan tindakan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menyiasat perkara berkenaan.

“Yang paling akhir (kes) mantan Menteri Besar Perlis, bukan saya yang buat laporan kepada SPRM atau polis.

“Kerajaan hendak selamatkan negara kita daripada pemimpin-pemimpin yang kayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri, itu tekad saya,” katanya.

Beliau berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Ittihadiah, Manjoi di sini hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan penyelewengan termasuk rasuah.

Beliau menegaskan tidak gentar dalam berdepan dengan mana-mana pihak yang mahu menentangnya dalam usaha melawan penyelewengan dan rasuah.

“Susah senang saya hadapi. Kalau orang nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan tetapi saya tidak akan tolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa serta negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

“Ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah terutamanya setelah kita bagi amaran, dibuatnya juga.

“Ini termasuk dengan pimpinan yang ada dalam kerajaan. Baik dalam kalangan menteri di kabinet atau pimpinan di kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, Anwar turut menyaksikan penyerahan sumbangan tunai daripada Yayasan Insaf dan G Capital kepada 200 anak yatim.

Menerusi laporan media hari ini, Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kangar terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya