KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cuti umum tambahan itu selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am negeri Sabah.
Pengumuman Hajiji itu seiring dengan pengumuman di peringkat persekutuan.
Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal.
Beliau berkata, bagi negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh berkenaan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.-utusan