JPJ saman pemandu guna telefon bimbit

JPJ saman pemandu guna telefon bimbit

ZAILANI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pemandu bas yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, pemandu terbabit dikenakan notis JPJ P22 atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Kata beliau, siasatan mendapati pemandu itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh dan pemeriksaan nombor kenderaan mengenal pasti bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pemandu terbabit juga mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya lampau termasuk satu saman atas kesalahan baru yang mana tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya bukan saja kepada penumpang, malah pengguna lain.

Justeru, kata beliau, JPJ menasihati semua pemandu sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya manakala pihak syarikat juga perlu memantau rapi pemandu kenderaan masing-masing supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

“JPJ menyeru orang awam untuk menjadi mata dan telinga JPJ dengan menyalurkan sebarang aduan berhubung kesalahan di jalan raya melalui aplikasi MyJPJ di e-Aduan@jpj atau [email protected],” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan,polis meminta pemandu bas yang tular kerana memandu sambil menggunakan telefon supaya tampil menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan selepas video mengenainya dimuat naik di TikTok.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya