Johor tetap larang jual beli vape - Utusan Malaysia

Johor tetap larang jual beli vape

MOHD. Jafni Md. Shukor memaklumkan kerajaan Johor tetap dengan keputusannya melarang penjualan vape dan bahan berkaitan peranti tersebut seperti yang telah dilaksanakan sejak 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor tetap dengan keputusan tidak membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape seperti dikuatkuasakan sejak 2016.

Ia ditegaskan walaupun cukai peranti itu dikuatkuasakan bermula 1 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, larangan sejak tujuh tahun lalu itu masih terpakai melibatkan jual beli vape termasuk perisanya sama ada dalam bentuk gel atau cecair, khususnya yang mengandungi nikotin.

“Tiada sebab Johor ubah pendirian berhubung lara­ngan menjual vape hanya kerana Kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai melibatkan peranti itu,” katanya di sini semalam.

Mohd. Jafni berkata, larangan jualan vape di premis-premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala kesalahan menghisap vape di tempat awam tertakluk kepada Jabatan Kesihatan.

“Setakat ini tiada PBT di negeri ini mengeluarkan lesen perniagaan kepada pihak menjual peranti vape dan produk berkaitan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat penjualan vape berserta bahan perisa, khususnya yang mengandungi nikotin boleh membuat laporan kepada PBT. Tindakan boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah,” tegasnya.

Pada 1 Januari 2016, kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang melarang menghisap vape termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual beli peranti tersebut ekoran titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ahad lalu, kerajaan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kan­dungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya