Johari dilantik Bendahari Agung BN ganti Hishammuddin

Johari dilantik Bendahari Agung BN ganti Hishammuddin

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) menggantikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan selepas selesai Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

“Pelantikan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) adalah berdasarkan Fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN,” katanya.

Selain Johari, dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta wakil Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Freddy Sua diumumkan dilantik sebagai ahli Dewan Tertinggi BN.


DR. MUHAMAD AKMAL SALLEH

Dalam kenyataan sama, Zambry yang juga Menteri Luar turut mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi sebagai ahli Dewan Tertinggi mewakili pergerakan masing-masing.

Pada mesyuarat tersebut, beliau berkata, BN sebulat suara bersetuju mempertahan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai oleh parti itu dan pihaknya komited bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan.

Katanya, Dewan Tertinggi BN juga dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Perbincangan juga melibatkan model kerjasama antara BN bersama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya