Jika Sivakumar bercuti, Zahid pun kena ambil tindakan sama - Shahidan - Utusan Malaysia

Jika Sivakumar bercuti, Zahid pun kena ambil tindakan sama – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar tidak perlu bercuti sebagai anggota Kabinet walaupun sedang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sekiranya Sivakumar didesak untuk bercuti disebabkan siasatan berkenaan, maka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga seharusnya perlu mengambil tindakan sama.

Katanya, Ahmad Zahid juga sedang menghadapi pertuduhan melibatkan kesalahan rasuah dan sedang didakwa di mahkamah.

“Pada pandangan saya, kalau nak suruh dia (Sivakumar) bercuti, maka Zahid pun kenalah bercuti juga,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, kerajaan tidak seharusnya ‘double standard’ dalam perkara ini dan desakan sama juga seharusnya turut dilontarkan kepada mana-mana pemimpin yang terlibat dalam isu sedemikian.

“Sepatutnya, siapa yang terlibat dengan kes-kes sebegini memang perlu bercuti malah pegawai-pegawai kerajaan pun akan kena tindakan sama. Namun sekiranya anggota Kabinet tidak dianggap sama seperti penjawat awam maka terpulanglah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya