Jangan takut pemerintah orang Melayu dengan ‘conteng’ warna hijau

Jangan takutkan pemerintah orang Melayu dengan ‘conteng’ warna hijau

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangunan pesat di Malaysia kerana ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu menyebabkan kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.

Justeru, beliau mengingatkan jangan cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan ‘menconteng’ mereka dengan warna hijau.

“Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun. Pembangunan yang pesat berlaku. 

“Kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan. Tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau,” tulis beliau menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.

‘Gelombang Hijau’ dipercayai merujuk kepada sokongan diperoleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila mereka memenangi 74 kerusi dengan Pas menyumbang 43 manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula 31 kerusi.

Kerusi dimenangi Pas itu menjadikannya parti politik tunggal terbesar di Parlimen, manakala DAP kedua terbesar dengan 40 kerusi.

Pemerhati politik menjangka kemaraan gelombang itu bakal memberi saingan sengit kepada parti-parti kerajaan perpaduan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya Selangor dan Negeri Sembilan yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya