Isu pasu pecah, Aliff Syukri beri penjelasan hari ini - Utusan Malaysia

Isu pasu pecah, Aliff Syukri beri penjelasan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu pasu pecah melibatkan pelakon, Yana Samsudin, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal memberi penjelasan merungkaikan kemelut tersebut hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Aliff berkata, dia memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu memandangkan pihaknya dan Yana masih lagi dalam proses perbincangan berhubung isu tersebut.

“Saya memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu daripada memberi kenyataan. Saya faham ramai amat prihatin terhadap isu video yang viral antara saya dan Yana Samsudin.

“Pihak saya dan dia masih lagi dalam proses perbincangan. Kenyataan penuh akan saya berikan hari ini di semua platform sosial media saya. Diharapkan agar semua dapat bersabar,” katanya.

Dalam video yang tular semalam itu, Yana dikatakan terpecahkan pasu hiasan berharga hampir RM400,000 milik Aliff ketika terlibat dalam satu rakaman program raya.

Gara-gara itu, Aliff dan suami Yana, Fadzil Zahari bergaduh sehingga hampir bertumbuk.

Dalam pada itu, Yana dan Fadzil sehingga kini tidak dapat dihubungi serta mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung video yang tular itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya