Isteri maut dipukul suami dengan tukul besi

Isteri maut dipukul suami dengan tukul besi

RUBIAH SABTU 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita maut dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadian di kediamannya di Kampung Besol, Bukit Besi, dekat sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, yang merupakan peniaga kedai runcit meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di bahagian muka.  

“Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara pasangan yang baru mendirikan rumah tangga setahun lalu yang menyebabkan suami mangsa tiba-tiba bertindak luar kawalan,” katanya di sini, hari ini. 

Baharudin berkata, difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 30 an kemudiannya, memberitahu ahli keluarganya yang tinggal berhampiran tentang perbuatannya sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis. 

“Kita telah menahan suami mangsa yang disyaki melakukan perbuatan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. 

Baharudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, adik tiri mangsa, Rozilan Yusof, 38, berkata, dia tidak menyangka abang iparnya tergamak melakukan perbuatan tersebut memandangkan lelaki itu seorang yang baik dan sering mengaji. 

“Abang ipar saya memang seorang yang baik, bercakap pun lembut. Tak mungkin dia ada masalah mental. Saya tak sangka dia berkelakuan sebegini. 

“Kali terakhir kakak hubungi saya, kira-kira pukul 1 pagi semalam ketika dia mahu meminjam kipas kerana bayinya kepanasan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya