‘Indonesia, babak solat pun mekap tebal siap bulu mata lagi’

‘Indonesia, babak solat pun mekap tebal siap bulu mata lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, solekan melampau tidak seharusnya menjadi isu besar kerana itulah realiti dunia perfileman dan drama tempatan yang selari dengan budaya kita.

Katanya, kita tidak seharusnya membandingkan cara solekan dalam drama tempatan dengan luar negara seperti Korea Selatan dan Hollywood kerana mempunyai budaya yang berbeza.

“Kalau kita tengok di Indonesia sekali pun, solekan mereka lebih dahsyat. Bukan sahaja ketika babak biasa, ketika solat pun masih tebal siap berbulu mata lagi. Sama juga dengan industri seni kita.

“Budaya kita memang begitu, realiti yang harus kita terima. Kalau Bollywood pula, hendak mati pun bulu mata masih terpacak lagi.  Tetapi kenapa tetap pecah panggung, orang suka? 

“Janganlah kita bandingkan dengan Hollywood atau K-drama, budaya mereka lain. Kita praktikkan apa yang sesuai dengan kemahuan dan budaya kita,” ujarnya.

Bagaimanapun jelas Rozita atau lebih popular disapa, Che Ta, dia tidak akan menerima watak yang menuntut solekan melangkaui usia.

“Contohnya kalau ada tawaran yang memerlukan saya disolek supaya nampak tua, saya tak mahu. Saya tak ada masalah hendak bawa watak nenek, tetapi tidak jika perlu solekan khas semata-mata untuk nampak tua.

“Lihat juga pada kesesuaian watak. Kita ini tidaklah melampau sangat jika hendak bincangkan soal solekan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya