Import makanan jika cuaca panas jejas bekalan - Menteri - Utusan Malaysia

Import makanan jika cuaca panas jejas bekalan – Menteri

Import makanan
MOHAMAD Sabu (tiga, kiri) melihat cendawan yang dijual di Jualan Agro Madani di Kampung Johan Setia, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan bersedia mengimport bekalan makanan sekiranya bekalan tempatan terjejas akibat cuaca panas di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini neger di bahagian utara dan Pantai Timur antara yang paling terkesan akibat cuaca panas apabila suhu di negeri-negeri terlibat melebihi 37 darjah celcius.

“Cuaca panas ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi berlaku juga di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Jadi, kementerian akan melakukan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan mencukupi, terutama sekali pada musim Aidilfitri kali ini.

“Bagaimanapun MAFI kini memantau bekalan hasil pertanian, penternakan dan laut secara harian. Insha-Allah, bekalan makanan di negara ini mencukupi,” katanya selepas merasmikan program Jualan Agro Madani peringkat kebangsaan di Kampung Johan Setia, hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan cuaca panas akan terus melanda Malaysia sehingga Ogos ini berikutan negara kini sedang dalam fasa musim peralihan monsun.

Sementara itu, dalam program tersebut, Mohamad Sabu menyasarkan penganjuran Jualan Agro Madani di kira-kira 10 lokasi di Lembah Klang sehingga pertengahan tahun ini.

“Ayam, daging, ikan serta sayur di sini secara umumnya dijual di bawah harga pasaran, iaitu sehingga 30 peratus daripada harga pasaran.

“Kita sasarkan sebanyak 5,000 pengunjung di semua lokasi Jualan Agro Madani dengan unjuran penjimatan perbelanjaan sehingga RM45,000 bagi 5,000 pengunjung tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya