Ikan buntal: Laporan makmal tiga minggu lagi

Ikan buntal: Laporan makmal tiga minggu lagi

KERATAN laporan Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan laporan makmal melibatkan siasatan kes kematian pasangan warga emas yang memakan ikan buntal goreng di Kluang, dekat sini dijangka diperoleh hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan makmal tersebut sebelum dapat melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, sebaik sahaja lengkap, kes tersebut diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk menentukan sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya terhadap pembekal ikan berkenaan.

“Tugas JKNJ adalah menyiapkan kertas siasatan, sama ada individu bertanggungjawab didakwa itu kita serahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Kita sedang menunggu laporan makmal, mungkin dua atau tiga minggu lagi akan diperoleh,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran MCA Johor di Hotel Trove, di sini, semalam.

Tian Soon berkata, JKNJ juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan pakar dari universiti tentang aspek perundangan dalam kes berkenaan.

“Kita perlu berbincang tentang beberapa akta sedia ada, iaitu sama ada memadai untuk kita ambil tindakan mendakwa pembekal ikan berkenaan. Buat waktu ini, ikan-ikan buntal yang dijual pembekal berkenaan telah dirampas untuk diambil sampelnya bagi tujuan siasatan,” katanya.

Pada 25 Mac lalu, Lim Siew Guan, 83, meninggal dunia selepas beberapa jam menikmati hidangan ikan buntal goreng yang dibeli daripada seorang pembekal, manakala suaminya, Eng Kuai Sin@Ng Chuan Sing, 84, pula maut pada 8 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN