i-Care4U sasar 2,795 peserta eKasih terima bantuan

i-Care4U sasar 2,795 peserta eKasih terima bantuan

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz berbual bersama penerima selepas menyerahkan sumbangan peralatan sekolah pada program i-Care4u di Bangunan Perdana Putra Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2,795 peserta eKasih disasarkan sebagai penerima bantuan program i-Care4U di bawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, i-Care4U menjadi platform kepada badan-badan korporat termasuk masyarakat dalam membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya miskin tegar.

Katanya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ICU JPM itu merupakan signifikan hubungan kerjasama rahmah dan berterusan daripada rakan strategik sejak 2019.

Antaranya ialah Prudential BS Takaful Berhad (PruBS) dan Stesen Janakuasa Putrajaya (SJPJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terus berkolaborasi menganjurkan i-Care4U di seluruh negara membabitkan beberapa sesi pada bulan ini.

“Program itu juga membantu meringankan beban perbelanjaan ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih untuk membuat persediaan sambutan Aidilfitri dan sesi persekolahan pada tahun ini.

“ICU JPM berharap hubungan dan kerjasama yang baik dapat diteruskan lagi untuk tempoh jangka masa panjang sekali gus menjadi pemangkin kepada agensi dan badan korporat lain untuk turut bersama bergerak sejajar dengan agenda Kerajaan Madani bagi mencapai sasaran sifar miskin tegar 2025,” katanya.

Terdahulu, seramai 10 peserta eKasih terpilih sekitar Putrajaya dan Sepang menerima sumbangan wang tunai RM100 dan baucar Mydin bernilai RM200 untuk pembelian barangan persiapan Aidilfitri dan peralatan sekolah pada majlis i-Care4U: Ziarah Kasih Ramadan 1444H dan Kasih Prihatin Kembali ke Sekolah 2023 di sini hari ini.

Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tingei Nasional (PTPTN) turut menyampaikan sumbangan sebanyak 3,000 beg sekolah melibatkan 2,370 peserta eKasih yang dilaksanakan mulai Februari lalu melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) seluruh negara.

Sumbangan lain turut membabitkan rakan strategik PruBSN berjumlah RM50,000 dan SJPJ berjumlah RM5,000 yang memberi manfaat kepada 425 isi rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya