Hujan, ribut landa 10 negeri petang ini - Utusan Malaysia

Hujan, ribut landa 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri, termasuk Kuala Lumpur dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook  berkata, ramalan cuaca itu membabitkan Perlis, Johor dan Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan tersebut, cuaca sama turut diramal di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Perak selain Pahang membabitkan Pekan dan Rompin.

“Turut berdepan cuaca sama ialah Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat, selain Seremban, Negeri Sembilan.

Di Sarawak hujan juha dijangka melanda Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya.

Terdahulu Utusan melaporkan, tiga daerah di Kelantan dan dua daerah di Terengganu terus dilanda suhu panas antara 35 hingga 37 darjah Celcius hari ini.

Ia melibatkan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan manakala Terengganu meliputi Kuala Terengganu dan Dungun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya