SHAH ALAM: Empat daerah di negeri ini dijangka mengalami ribu petir, hujan lebat serta angin kencang bermula hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan cuaca itu dilaporkan berlaku bermula pukul 1 pagi tadi dan turut melanda beberapa kawasan lain sekitar Pantai Barat Semenanjung termasuk Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Jabatan tersebut turut memaklumkan situasi sama turut dijangka berlaku di kawasan tengah seperti di Cameron Highland, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh, Pahang serta di Gua Musang, Kelantan selain di Kapit dan Miri, Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini. – UTUSAN