Hubungan kami pun tak selalu berbunga, ada ujian sendiri- Awal Ashaari - Utusan Malaysia

Hubungan kami pun tak selalu berbunga, ada ujian sendiri- Awal Ashaari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mengakui rumah tangga mereka juga ada ujian sendiri dan tidak sentiasa berbunga seperti yang dilihat umum.

Kongsi Awal, dia dan isteri, Scha Al Yahya sentiasa mencari jalan untuk berkomunikasi menyelesaikan masalah dengan cara sendiri supaya kemelut yang dilalui tidak berpanjangan.

“Bagi saya, setiap pasangan ada ujian masing-masing. Mungkin ini masa mereka, kami belum tentu. Saya dan Scha juga tidak selalu berbunga-bunga. Ada ujian dan aib yang Tuhan jaga.

“Bila lihat ujian yang kawan selebriti perlu tempuh, saya doakan mereka kuat. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Cuma jawapan kami klise tetapi pasangan mana yang tidak ada ujian, tidak bergaduh. Mungkin cara kami selesai masalah berbeza. Setiap kita ada cara sendiri,” ujarnya.

Awal berkata demikian ketika ditanya berhubung pelbagai kontroversi melibatkan kemelut rumah tangga rakan selebriti yang kini hangat diperkatakan.

Dalam pada itu, Awal turut menitipkan pesan kepada umum supaya tidak menokok tambah atau mengeluarkan komen berunsur hasutan kepada mana-mana pihak yang sedang dilanda masalah rumah tangga.

“Ketika ini, jiwa mereka sangat rapuh. Bila baca komen, ada yang menyakitkan, menghasut. Itu tidak wajar. Kita sangat mudah terpengaruh bila emosi sedang berkecamuk.

“Doakan yang terbaik untuk mereka. Tak perlu kita mengeruhkan keadaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya