Helikopter EMARS jimat kos kerajaan RM15 juta setahun - Utusan Malaysia

Helikopter EMARS jimat kos kerajaan RM15 juta setahun

Helikopter EMARS
NGA Kor Ming bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin melihat helikopter EMARS yang dilancarkan di perkarangan AEON Mall, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penggunaan helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) bagi operasi penyelamatan khas perubatan bakal menjimatkan kos kerajaan berjumlah RM15 juta setahun.

Helikopter ambulans pertama milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 1 Mei depan.

Perkhidmatan ambulans udara melibatkan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu menggunakan pesawat bomba sedia ada yang diubah suai dan dilengkapi peralatan perubatan kecemasan. 

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, inisiatif terbaharu itu berupaya memperluaskan lagi capaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang inklusif serta menyeluruh meliputi kawasan pedalaman selain menyelamat dan memindahkan mangsa kemalangan di lebuhraya serta pemindahan organ.

“Kos tahunan ditanggung kerajaan sebelum ini berjumlah RM20 juta namun EMARS bakal meminimumkannya kepada hanya RM5 juta.

“Kita gembira penubuhan khidmat ambulans udara bersejarah itu diluluskan selepas dibentangkan dalam sidang Parlimen bulan lalu sekaligus menjimatkan kos,” katanya selepas melancarkan helikopter itu dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM 2023 di perkarangan AEON Mall, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Helikopter Agusta AW109E yang ditempatkan di Pangkalan Udara Bomba Wilayah Tengah, Subang itu boleh memuatkan tujuh penumpang termasuk juruterbang, pegawai perubatan dan dua mangsa.

Tambah Kor Ming, penggunaan helikopter itu hanya akan digerakkan di kawasan seluruh Semenanjung setakat ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM  bersiap siaga memperkasakan khidmat kebombaan dengan memfokuskan kepada tiga agenda utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN