Harga barang naik tak jejas niaga kuih raya - Utusan Malaysia

Harga barang naik tak jejas niaga kuih raya

NORJANBEE Omar (kanan) dan adiknya, Ismabee Omar menunjukkan sebahagian daripada biskut dan kuih raya yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan ketika ditemui di rumah mereka di Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kenaikan harga telur, mentega serta tepung yang agak ketara ketika ini tidak menghalang seorang pengusaha makanan di sini untuk mengekalkan kualiti biskut dan kuih raya yang dihasilkannya sekali gus menjual produk tersebut pada harga berpatutan.

Norjanbee Omar, 56, berkata, ketika ini, dia mampu menghasilkan sehingga 23 jenis biskut dan kuih raya mengikut permintaan dengan dibantu beberapa orang pekerja termasuk ahli keluarga serta jiran.

Dia yang mesra disapa sebagai Kak Jan berkata, selain berdepan cabaran harga bahan mentah yang semakin tinggi, harga balang kuih yang me­ningkat juga memberi kesan terhadap perniagaannya.

“Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu pun saya buat macam-macam biskut dan kuih raya dan pernah juga buat sampai 100,000 biji (terutamanya ketika musim perayaan).

“Ketika itu, harga barang masih murah dan seorang pe­langgan ada yang ambil sampai lima atau enam jenis kuih.

“Satu balang (kuih) dah RM30 dan kalau tiga dekat RM100. Dulu lebih kurang RM25 sahaja sebalang,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Meskipun begitu, Norjanbee memberitahu, dia bersyu­kur kerana permintaan ter­hadap biskut dan kuih raya­nya tak pernah berkurangan setiap tahun walaupun terpaksa bersaing dengan pengusaha lain yang menjual dan menghasilkan produk sama.

Kata ibu kepada seorang anak yang juga pernah menjadi tenaga pengajar untuk membuat biskut dan kuih secara sambilan itu, ini terbukti apabila dia mampu mencatatkan jualan RM18,000 sebulan.

“Kuih paling murah yang saya jual ialah semperit klasik, RM26 sebalang. Ia tak guna banyak bahan yang mahal, jadi boleh jual murah.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya