Hamper raya Malaysia Book Of Records, bakal dipamer di Mitec

Hamper raya catat Malaysia Book Of Records, bakal dipamer di Mitec

REPLIKA hamper yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebelum dipamerkan pada festival pada 14 April ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah hamper raya akan dipamerkan pada festival Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan itu diperoleh menerusi ‘The Highest Value Hari Raya Hamper Giveaway’ menerusi festival anjuran My Events International dan Absolut Event & Management nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hema Kandy berkata, hamper tersebut mempunyai pelbagai barangan termasuk perabot dan perkakas elektrik dengan nilai melebihi RM100,000

“Kita akan pamerkan hamper ini sepanjang penganjuran festival yang akan bermula pada 14 sehingga 16 April nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).

“Malah kita juga akan membuka peluang kepada orang ramai untuk meneka nilai sebenar hamper berkenaan pada tarikh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam itu Hema berkata, pihaknya menyasarkan seramai dua juta pengunjung hadir pada festival yang akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti itu.

“Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Selain itu, festival ini juga merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan. Ia juga merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan kepada usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya