Guna Mamak Cyber dekati pembaca, teroka pasaran baharu

Guna Mamak Cyber dekati pembaca, teroka pasaran baharu

MOHAMAD Azlan Jaafar (tiga dari kanan) bersama Jubin Mehta (lima dari kanan) dan pegawai kanan Media Mulia serta Tune Protect bergambar bersama maskot Mamak Cyber dan T.P The Thumb selepas Majlis Flag-off Gerila Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Wisma Tune, Kuala Lumpur semalam. - UTUSANFARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan maskot Mamak Cyber yang sinonim dengan Utusan Malaysia sejak 26 tahun lalu menjadi antara pendekatan syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. untuk meneroka pasaran dan mendekati pembaca baharu khususnya dalam kalangan golongan muda.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar berkata, sebagai sebuah syarikat akhbar perlu melakukan evolusi bagi menarik pembaca-pembaca baharu.

Katanya, penggunaan maskot Mamak Cyber yang diwujudkan sejak 26 tahun lalu adalah salah satu caranya kerana mempunyai pengaruh dan pengikutnya tersendiri.

“Walaupun dikenali sebagai syarikat akhbar, saya berharap kami menjadi syarikat digital yang menyediakan kandungan meluas pada masa depan dan menepati keperluan semua.

“Kita turut berharap lebih banyak kerjasama seperti ini diadakan agar Media Mulia menjadi antara syarikat media terbesar di negara ini,” katanya selepas melancarkan Flag-off Gerila Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Wisma Tune, di sini, semalam.

Gerila Mamak Cyber bersama maskot Tune Protect iaitu T.P The Thumb menemui orang ramai di Bazar Shah Alam Seksyen 13, Selangor dan Taman Tun Dr. Ismail dua hari berturut-turut bermula petang semalam.

Program tersebut bermula pada pukul 5 petang dengan menampilkan penyanyi dan pelakon, Izzue Islam sebagai hos di dua lokasi tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai tips balik kampung dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam program Gerila Mamak Cyber ini.

Mohamad Azlan berkata, penganjuran program menggunakan maskot kedua-kedua syarikat pertama kali dilakukan antara lain bertujuan memperkenal kedua-dua syarikat itu dengan lebih meluas kepada masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Jubin Mehta berkata, pihaknya teruja dapat mengadakan kempen pengaktifan jenama bersama Media Mulia buat julung kalinya.

Menurutnya, Tune Protect mahu semua pihak tidak kira generasi umur mengetahui tentang pakej insurans yang ditawarkan syarikat itu.

“Objektif program ini adalah untuk memberitahu orang ramai berkenaan pakej insurans yang ditawarkan. Insurans ini mampu dimiliki oleh semua orang termasuk Generasi Z.

“Justeru, kami sangat teruja dapat berkolaborasi bersama Media Mulia kerana mempunyai peluang untuk mengakses orang ramai secara massa. Kami berharap akan ada lagi kerjasama bersama pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, kartunis Media Mulia, Maro atau nama penuhnya, Norkamaro Mohd. Noor, 49, berkata, pemilihan maskot Mamak Cyber dibuat kerana ia sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia.

“Orang ramai sering bercerita dan membahaskan pelbagai isu terkini semasa lepak di kedai mamak. Jadi mudah bagi saya mengupaskan isu-isu semasa di dalam segmen Mamak Cyber,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya