Guna laluan alternatif lain, elak terowong Menora

Guna laluan alternatif lain, elak terowong Menora

MOHAMMAD Nizar Jamaluddin (tengah) merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri di Mydin Meru Mall di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengguna jalan raya yang menghala ke utara untuk balik kampung pada musim perayaan ini disarankan menggunakan laluan alternatif selain melalui Terowong Menora di lebuh raya utara selatan untuk mengelakkan kesesakan teruk di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, bagi pengguna dari Gopeng ke Kuala Kangsar digalakkan menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama melalui Sungai Siput.

“Dari Gopeng Kuala Kangsar, tiada pilihan lain kecuali Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ataupun gunakan jalan lama melalui Sungai Siput.

“Minta gunakan kawasan-kawasan yang ada laluan alternatif, gunakan laluan alternatif. Elakkan Lebuhraya Utara-Selatan, elakkan terowong di Menora.” katanya kepada pemberita pada perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di Mydin Meru Mall di sini hari ini.

Mohamad Nizar berkata, bagi mengelakkan kesesakan dari Kuala Lumpur ke Gopeng, pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Katanya, pengguna dari kawasan Selangor terutamanya Kuala Selangor, Banting, dan Bernam disarankan menggunakan lebuhraya tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, lebih tiga juta kenderaan akan memasuki negeri ini pada musim kemuncak iaitu 21 sehingga 23 April.

“Daripada PLUS, lebih dua juta kenderaan setiap hari di jalan raya. Kalau daripada JPJ Perak, jumlah kenderaan akan melebihi tiga juta di seluruh negeri semasa musim kemuncak iaitu 21,22 dan 23 April ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 159 penguatkuasa JPJ akan bertugas menjelang Hari Raya Aidilfitri di negeri ini.

Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata, setakat ini masih tiada apa-apa perkembangan berkenaan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang akan dipasang di Terowong Menora.

“Setakat ini masih tiada apa-apa berita, kemungkinan kalau didesak oleh masyarakat atau pemerintah, kita mengharapkanlah kerana itu betul-betul lokasi panas,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, pemasangan empat kamera AWAS iaitu masing-masing dua unit sebelum dan selepas Terowong Menora membabitkan kedua-dua arah bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya