Gotong-royong sepadu jadi KPI Ahli Majlis, PBT di Melaka

Gotong-royong sepadu jadi KPI Ahli Majlis, PBT di Melaka

RAIS Yasin bercakap kepada pemberita semasa Majlis Perhimpunan Bulanan MBMB di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menetapkan program gotong-royong bersepadu sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, program berkenaan yang pernah dilaksanakan diaktifkan semula bagi memastikan Melaka kekal indah, bersih dan cantik menjelang Tahun Melawat Melaka 2024.

Kata beliau, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Saya akan memulakan kembali gotong-royong bersepadu dua kali sebulan dan menjadi KPI kepada setiap Ahli Majlis untuk mereka melaksanakannya bersama PBT dan JPKK. Saya yakin rakyat juga adalah pemegang taruh terbesar dalam soal kebersihan ini. Program ini pernah dilaksanakan dahulu tetapi tidak aktif dan ada kawasan-kawasan tertentu sahaja yang buat.

“Saya melihat aspek kebersihan memang tanggungjawab PBT, tetapi di kawasan kampung-kampung, pihak JPKK bersama dengan penduduk juga boleh membantu. Kenapa kita tidak bekerjasama kerana itulah semangat yang kita mahu bawakan,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perhimpunan Bulanan MBMB di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai isu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai, Rais berkata, beliau memerlukan masa untuk menilai kembali status projek berkenaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya