Gotong-royong balut ketupat awal elak kelam-kabut saat-saat akhir

Gotong-royong balut ketupat awal elak kelam-kabut saat-saat akhir

SEBAHAGIAN penduduk bergotong-royong membalut ketupat daun palas di Kampung Seberang, Kuala Nerang di Padang Terap, Kedah. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRADISI tahunan sekumpulan penduduk Kampung Seberang di Kuala Nerang, Padang Terap yang terdiri daripada warga emas dan belia bergotong-royong membalut dan menyiapkan ketupat daun palas diteruskan tahun ini.

Aktiviti yang lazimnya dilakukan antara dua atau tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza kali ini apabila mereka mengambil inisiatif menganyam ketupat palas seminggu lebih awal sebagai persiapan menyambut raya dan bagi mengelak suasana kelam-kabut di saat-saat akhir Ramadan.

Antara tujuan utama tradisi membalut ketupat palas itu adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk yang secara tidak langsung dapat meringankan beban warga emas yang kurang berupaya bagi membalut ketupat palas secara bersendirian di rumah masing-masing.

Pada setiap tahun, anggaran beras pulut yang diperlukan adalah sekitar 15 kilogram bagi menghasilkan 1,500 biji makanan itu dan ketupat yang telah disiapkan akan dibahagi sama rata antara mereka untuk dijadikan sajian utama bersama rendang dan serunding di pagi Syawal.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya