Gimik pasu pecah? Warganet minta Aliff Syukri 'berehat' berlakon - Utusan Malaysia

Gimik pasu pecah? Warganet minta Aliff Syukri ‘berehat’ berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi bahan kecaman warganet yang mendakwa video tular melibatkan pasangan pelakon, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari hanyalah sekadar gimik murahan.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bengang dengan gimik tak sudah daripada usahawan tersebut dan menasihatkannya untuk ‘berehat’ dari dunia seni.

Malah, nama Yana juga terpalit sama apabila ramai yang kecewa sehingga timbul persoalan mengapa pelakon itu sanggup terlibat dalam kontroversi yang dianggap gimik itu.

“Kenapa Yana kena ada dalam video tular macam ini? Pelik sangat. Yana tak perlu pun benda macam ini. Tular kerana gimik,” komen seorang netizen.

“Yana acah-acah sangat. Terhuyung-hayang pegang kepala camam dalam filem Mami Jarum. Cuma realistik lakonan masing-masing pun,” komen seorang lagi netizen.

Dalam video yang tular semalam itu, Yana dikatakan terpecahkan pasu hiasan berharga hampir RM400,000 milik Aliff ketika terlibat dalam satu rakamn program raya.

Gara-gara itu, Aliff dan suami Yana, Fadzil Zahari bergaduh sehingga hampir bertumbuk.

Dalam pada itu, Yana dan Fadzil sehingga kini tidak dapat dihubungi serta mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung video yang tular itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya