Gerhana matahari separa dicerap di Putrajaya

Gerhana matahari separa dicerap di Putrajaya

PASUKAN falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan cerapan gerhana matahari di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari ini.

Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menyaksikan kebesaran Allah itu antara pukul 11.04 pagi hingga 1.45 petang dengan menggunakan peralatan bersesuaian seperti penuras cahaya matahari yang sesuai demi keselamatan mata.

Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan hadir pada sesi cerapan itu berlangsung dengan menyaksikan fenomena itu menggunakan teleskop khas.

Cerapan itu turut disertai agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai di negeri lain juga berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula pukul 11 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya