KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 skala richter dilaporkan berlaku di Beluran pada pukul 9.07 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada kedudukan 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah Timur dan pada kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa bumi tersebut berada pada jarak 37 km tenggara dari Pitas dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.
Walau bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machael ketika dihubungi berkata, hasil pemantauan, tiada sebarang kerosakan atau keretakan pada struktur bangunan yang berlaku.
Setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau panggilan kecemasan mengenai kerosakan akibat gempa bumi yang berlaku.-utusan