Gempa Bumi Kuat di Utara Sumatera, Indonesia

Gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59 malam tadi.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km. 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan,Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, ” kata kenyataan beliau

Menurutnya lagi, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Kuala Lumpur menerima laporan berlaku gegaran di Rumah Pangsa Pudu Impian 1 yang dirasai penghuni di situ, dipercayai kesan gempa yang berlaku pada jarak 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia, dengan magnitud 6.5 skala Richter, 10.59 malam tadi. utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya