SERI KEMBANGAN: Pengeluar produk tenusu tempatan terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad meraikan Top Achiever Homedealer bagi tahun 2022 di Farm Fresh @ UPM, hari ini.
Program Home Dealer Farm Fresh ini telah diasaskan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal sejak tahun 2016.
Program ini bertujuan untuk memperkasa usahawan mikro terutamanya golongan wanita bagi menjana pendapatan tambahan dengan mengedar produk Farm Fresh dari pintu-ke-pintu.
Setelah tujuh tahun dibangunkan, kini Farm Fresh Berhad mempunyai 57 Stokis berdaftar, 818 Home Dealer dan 1,017 Agen di setiap negeri dan wilayah di seluruh negara dan 80 peratus daripada Home Dealer adalah suri rumah.
Anugerah Insentif ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang Home Dealer Farm Fresh sekali gus menjadi pendorong semangat untuk mempertingkatkan usaha demi mencapai kejayaan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Azmi berkata, Farm Fresh sentiasa menghargai sumbangan stokis, home dealer dan ejen mereka kepada syarikat sejak permulaan program ini dan berharap insentif ini akan menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha.
“Insentif yang Farm Fresh berikan kepada ‘Top Achiever’ kami adalah dengan niat untuk menyokong semangat mereka dan pada yang sama memberi penghargaan atas usaha mereka dalam menyumbang kepada syarikat.
“Peranan mereka dalam pengedaran produk kami ke seluruh Malaysia adalah sangat penting dalam memastikan rakyat Malaysia dapat membeli dan menikmati produk kami walau di negeri mana pun mereka berada,” katanya.
Seramai 21 orang Home Dealer telah diberikan insentif tunai dengan nilai tertinggi berjumlah RM20,738.16 yang diberikan kepada Umar Farook Bin Mohamed Jamel selaku ‘Top Achiever Home Dealer Farm Fresh’.
Majlis anugerah seperti ini adalah satu usaha Farm Fresh Berhad untuk meraikan, menyokong dan memberi inspirasi kepada Stokis, Home Dealer dan Agen bagi mencapai kemajuan, meraih kejayaan dan membentuk daya saing untuk mengharungi cabaran dalam berniaga.
Farm Fresh turut memperkenalkan majalah ‘HD Swipe’ edisi pertama pada April 2023 khas untuk berkongsi maklumat, aktiviti dan kejayaan stokis, home dealer dan ejen. Ganjaran hadiah turut disampaikan pada stokis, home dealer dan ejen terpilih pada hari ini.
Majlis anugerah seperti ini adalah satu usaha Farm Fresh Berhad untuk meraikan, menyokong dan memberi inspirasi kepada Stokis, Home Dealer dan Agen bagi mencapai kemajuan, meraih kejayaan dan membentuk daya saing untuk mengharungi cabaran dalam berniaga.
Mengenai Farm Fresh Berhad
Farm Fresh Berhad dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. kini menawarkan lebih daripada 135 produk yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, susu tumbesaran untuk kanak-kanak membesar dan santan.
Program Home Dealer yang dimulakan oleh Azmi untuk memberi peluang perniagaan kepada usahawan kecil pada tahun 2016 juga kini telah berkembang kepada 57 stokis, 818 home dealer dan 1,017 ejen yang membantu Farm Fresh Berhad menjual produk melalui pelbagai saluran pengedaran di seluruh Malaysia, dan membantu syarikat untuk menjual kepada pelanggan dari segenap lapisan.
Untuk maklumat lanjut dan menyertai Program Home Dealer Farm Fresh, sila layari https://www.farmfresh.com.my/join-our-family/. – UTUSAN